welcome


Click here for Myspace Layouts

Monday, May 6, 2013

Rindu.

Hi, semua. Harini, aku nak post something special dalam hidup aku. Hmmm. Semua orang ada kawan baik kan? Samalah macam aku. Cakap pasal kawan baik ni, banyak sangat kenangan pahit manis dengan kawan-kawan. Okay,mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang buat  aku nak post pasal ni? Macam ni ceritanya...... kebetulan harini orang ramai tak datang sekolah sebab mati-mati ingat harini cuti sempena PRU13. Jadi, yang datang harini cuma aku, Zila, Najiha, Asyiqin, Zera, Hamida, Anis, Engku, Zaina & 5 orang pelajar grafik. Kesemuanya ada 14 orang daripada 34 orang. Jadi aku lepaklah dengan Zila & Najiha. Memandangkan geng aku semuanya tak datang.Tiba-tiba...... Zila tanya pasal seseorang ni. Aku pun jawablah. Suddenly, dia pun luahkan apa yang dia rasa pasal geng dia yang sekarang ni. Dia pun ceritalah pasal kenangan masa form 2, 3 & 4. Sedih doh :(  
Seriously, I miss the memories that we're created together. Hmmm. Dulu, senanya..... kitaorang ni 5 sekawan. Kemana pergi, takkan berpisah. Katanya ~~

Ibaratnya, kami  macamni lah dulu. I miss you,  Faiza, Zila, Afifah & Ateh  <3

Sebab kitaorang berpisah? Kitaorang dah tak satu kelas macam dulu lagi. Faiza dah masuk Science Stream. Afifah dah pindah sekolah. Ateh ambil perdagangan. Jadi tinggallah aku dengan Zila dalam kelas Sastera Melayu tu. Masa aku tingkatan 4, aku dengan Zila memang rapat. Janji taknak berpisah, itu biasa dalam persahabatan. Kemana pergi, melekat macam kertas dengan gam. Tapi, disebabkan satu perkara yang memang bodoh teramat dan tak matang langsung, kitaorang bergaduh. Tak bertegur untuk masa yang agak panjang. Zila ada cakap, "bila jumpa kad yang kau bagi tu, aku rasa... eee  kenapalah aku buat Fana macamtu?!" Aku rasa nak nangis, semua ada. Tapi benda dah berlalu kan? Aku dah maafkan pun. Zila cakap lagi, "Seriously, berkawan dengan Fana bestlah.". Aku terharu jap, hahahahahahaha! Yeeeeee, aku rindu semua benda yang kitaorang pernah buat. Lepak mcd titiwangsa sma-sama,  pergi kantin & makan laksa sama-sama, datang rumah masing-masing, wish birthday walaupun takda hadiah, buat kuih tapi tak jadi sama-sama, ahhhhhh rindu weh! :'( Dan benda tu tak sama bila kita dengan kawan yang baru.
Please,  aku nak kembali masa tu balik!!!! Biarlah perit untuk aku lalui, asalkan menjadi ingatan sepanjang hayat. Cehhhhh ayat aku. Harini, banyak story dengan Zila pasal dulu-dulu je. Whatever happens, title 'kawan' tu masih ada lagi antara kami. Bak kata pepatah, kita buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi. Eh? *nyanyi* xD
  


Haaa before aku habiskan cerita ni, aku kenalkan.... Dari kiri,  Faiza yang chubby sikit tu, Afifah yang terpendek, Ateh yang buat peace tu & Zila :)

So, I gtg. Kita jumpa lagi nanti eh. Heeee, wish me luck for mid-term exam yaaaaa? Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :*




Terima kasih kerana membaca.